Soalan Lazim

Apakah fungsi utama Unit Pengurusan Sumber Manusia Lembaga Maktab Mahmud ?

Bertanggugjawab untuk memastikan Jabatan mempunyai struktur organisasi yang teratur dengan menyediakan perancangan sumber manusia yang strategik dan efisien melalui proses yang terancang mengikut peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan sedia ada yang terima pakai oleh Lembaga dari masa ke semasa serta menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dan berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berkesan.

Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi urusan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai ?

  • Hadir dengan jayanya dalam Kursus Induksi / Transformasi Minda.
  • Telah lulus semua peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.
  • Markah Prestasi 75% ke atas (3 tahun berturut-turut).
  • Perakuan dan sokongan Ketua Jabatan.


Bagaimanakah cara untuk memohon Jawatan Guru Ganti Siswazah di Maktab Mahmud ?

Tuan/puan hendaklah mengemukakan permohonan melalui surat beserta sijil-sijil akademik yang berkaitan melalui Pengetua Maktab Mahmud atau terus kepada Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud (u.p Unit Pengurusan Sumber Manusia)