Pelajar Maktab Mahmud Sik Juara Pertandingan Rekacipta Peringkat Kebangsaan

on .

Maktab Mahmud Sik, 2 pelajar Maktab Mahmud Sik telah menjadi Juara Peringkat Kebangsaan dalam satu pertandingan rekacipta poster digital PI1M 2015 Anjuran PUsat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama TM, MCMC, MSD Digital. Pelajar tersebut adalah MUHAMMAD ZIKRY IRFAN BIN KARIM, MUHAMMAD NOR RIDZWAN BIN NOOR SHAM SIDI telah mengikuti pelajaran komputer grafik di pusat internet 1 malaysia SIK pada tahun 2015 lagi. Mereka menyertai pertandingan secara berkumpulan ( 2 orang peserta ) mewakili maktab mahmud sik.

Maktab Mahmud Sik menjadi JOHAN peringkat Malaysia membawa pulang hadiah RM 5000.00 dan 20 buah komputer. Sebanyak 18 buah sekolah seluruh malaysia menyertai pertandingan tersebut dengan 36 orang peserta termasuk Sabah dan Sarawak kecuali Negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Sekitar Majlis Anugerah tersebut :